Penilaian Masalah Dalam Pembelajaran di Perkhidmatan Pemulihan Carakerja

Beberapa hari lepas saya ada berkongsi di Facebook mengenai pertemuan dengan Jurupulih Perubatan Carakerja atau Occupational Theraphy untuk membuat Penilaian Masalah Dalam Pembelajaran di Perkhidmatan Pemulihan Carakerja. Kalau hendak tahu, penilaian itu bertujuan untuk mengenal pasti tahap penguasaan kanak-kanak (selepas ini akan ditulis sebagai klien) untuk berkomunikasi secara lisan, pengurusan diri, persepsi visual dan koordinasi... Continue Reading →

APA ITU PROGRAM PEMULIHAN KHAS?

Hari ini jom kita kenali Pemulihan Khas secara asas. Nanti bolehlah sembang di warung kopi dengan Tok Penghulu mengenai pemulihan khas ya. Hehe Okey, Program Pemulihan Khas merupakan salah satu cabang di dalam sistem pendidikan negara hari ini. Ia diwujudkan bagi membantu murid yang menghadapi masalah dalam penguasaan kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M).... Continue Reading →

Bacalah Surah Yaasin Ayat 76 Jika Anda Sedih Difitnah

Surah Yasin ayat 76: فَلَا يَحْزُنكَ قَوْلُهُمْ ۘ إِنَّا نَعْلَمُ مَا يُسِرُّونَ وَمَا يُعْلِنُونَ “Maka jangan sampai ucapan mereka membuat engkau (Muhammad) bersedih hati. Sungguh, Kami mengetahui apa yang mereka rahasiakan dan apa yang mereka nyatakan” (QS. Yasin : 76) Bacalah Surah Yasin ayat 76 tersebut untuk tenteramkan hati apabila di fitnah, sedih, sebak, atau... Continue Reading →

Ibnu Khaldun dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak

Ibnu Khaldun merupakan seorang pemikir Islam yang terakhir pada zaman pertengahan telah menasihatkan ibubapa dan golongan pendidik. Beliau banyak memperkatakan mengenai persediaan untuk belajar, pemerhatian, motivasi, berusaha, pengukuhan, perbezaan individu dan latihan. Pendekatan yang digunakan oleh Ibnu Khaldun merupakan contoh pendekatan yang baik dalam membentuk peribadi kanak-kanak. Antara pendapat beliau dalam pendidikan awal kanak-kanak: Jangan... Continue Reading →

Selamat Hari Malaysia Semua!

Ini bukan negaraku tetapi negara kita. Menang bukan bererti berjaya menduduki sebuah kerusi kekuasaan. Menang bukan bererti berjaya menumbangkan banyak lawan. Menang bermakna kita boleh bangkitkan kembali semangat juang dan melakukan perubahan. Jom, kita susuri sejarah negara kita. Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun sebagai tanda memperingati penyertaan bersama antara Tanah Melayu, Borneo... Continue Reading →

Nekbat

Ramadan tahun ini merupakan pertama kalinya Cgu As menyambut di negeri Pantai Timur. Keterujaan dan kemeriahan memang amat terasa memandangkan pada bulan Ramadan sahaja pelbagai menu dan kuih muih tradisi lebih mudah didapati. Tapi untuk kali ni Cgu As nak kongsi mengenai "Kuih Nekbat". Nekbat ini merupakan sejenis kuih tradisional yang dihidangkan sebagai pencuci mulut... Continue Reading →

1 Syawal 1440

Dah lama Cgu As tak update blog. Hampir 5 bulan rasanya. Adakalanya masa sangat mencemburui.. Adakalanya kemalasan lebih menguasai diri.. hehehe Okey, sempena 1 Syawal ni Cgu As gigihkan juga hati mengupdate semata-mata untuk kirimkan ucapan raya. Yang jauh itu waktu,  Yang dekat itu mati,  Yang besar itu nafsu,  Yang berat itu amanah,  Yang mudah... Continue Reading →

Rindu Pada Si Dia Yang Bernama APC

Alhamdulillah dan tahniah kepada rakan-rakan yang menerima APC. Rezeki dari-Nya kepada insan yang terpilih.. Opss.. siapa APC tu? Jangan salah faham.. Meh Cgu As explain.. APC atau Anugerah Perkhidmatan Cemerlang ni diberikan kepada penjawat awam yang menunjukkan prestasi kerja yang sangat cemerlang kepada sekolah, jabatan atau kementerian pada tahun semasa. Biasanya APC ni juga diambil... Continue Reading →

SK Malim: Contoh Bilik Guru Kondusif

Suasana dan persekitaran kerja yang selesa dan kondusif dapat memberi impak yang cukup besar dalam meningkatkan produktiviti kerja. Suasana bekerja yang tenang dan harmoni juga merupakan idaman setiap pekerja. Malahan ia juga menjadi personaliti bagi sesebuah organisasi. Justeru, idea pihak pengurusan SK Malim, Melaka mengadakan Pertandingan Keceriaan Bilik Guru dalam merebut Piala Mr Kam adalah... Continue Reading →

Blog at WordPress.com.

Up ↑