Ini adalah promosi percuma!!!!!!
Takdop bayarang pung deh! Hehehe
Baru-baru ini bila telefon Cgu As tiba-tiba terpadam tanpa khabar berita. Puas duk keluar masuk beberapa buah kedai untuk kesan punca kerosakan. Rupanya IC Charging yang rosak. Tetapi di kedai-kedai tersebut tiada juruteknik yang punyai kemahiran dalam membaiki IC Charging. Hingga ada sebuah kedai yang cadangkan kepada Cgu As untuk bayar dan ganti telefon dengan sebuah telefon yang baharu. Erkk.. tak berbaloi rasanya. Sebab harga semasa telefon Cgu As pun tak setinggi harga yang dipaparkan di dalam katalog gantian di kedai tersebut. Akhirnya kedai servis dan baiki telefon kelima Cgu As kunjungi, mencadangkan Cgu As ke Zaman Network, di Gong Badak.
Tanpa membuang masa Cgu As terus ke Zaman Network. Alhamdulillah, kebetulan waktu itu juruteknik tidak sibuk dan terus sahaja membaiki telefon Cgu As. Hampir enam jam menunggu, akhirnya telefon Cgu As dapat berfungsi semula. Siap diupdate ios terkini lagi. Huhuhu.. nampak sangat Cgu As tak rajin update telefon ya.
Okey, buat warga Terengganu atau kawasan sekitarnya yang sedang alami masalah kerosakan telefon, jangan malu-malu dan jangan segan-segan terjah sahaja ke Zaman Network yang terletak di hadapan KFC Gong Badak, Kuala Nerus.
erπ₯π₯πΏπΏππΏππ°π‘fdπ°π¨π‘πππ©π’π§π¬π
Tidak salah rasanya kita menyokong perniagaan anak-anak muda melayu kita lebih-lebih lagi mereka juga punyai juruteknik yang mahir dalam membaiki IC Charging, motherboard, keretakan pada skrin dan lain-lain. Harge? Dok mahal mane. Awok-awok kenyit-kenyitlah sikit mate ngang deme. Kikiki
Leave a Reply