McDonald’s sumbang lebih RM600,000 untuk rakyat Sabah

McDonald’s merupakan salah satu nama rangkaian global perkhidmatan makanan yang cukup dekat dengan rakyat Malaysia. Apabila sebut sahaja McDonald’s sudah pasti kita akan terbayang pelbagai jenis pilihan burger, aiskrim, kentang goreng dan sudah pastinya ayam gorengnya yang cukup lazat. Perghh… boleh makan hingga menjilat jari wooo!!

Sepanjang 37 tahun McDonald’s di Malaysia, McDonald’s telah memberi perkhidmatan kepada lebih 13.5 juta pelanggan sebulan di lebih daripada 290 restoran di seluruh negara.

Tetapi tahukah anda McDonald’s juga turut menyantuni dan membantu golongan yang memerlukan di negara kita dengan menganjurkan pelbagai aktiviti kemasyarakatan?

Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal, Ketua Menteri Sabah ketika menandatangani plak perasmian McDonald’s Semporna, sambil disaksikan oleh Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan, McDonald’s Malaysia.

Bertempat di McDonald’s Pandu Lalu Semporna, Sabah pada 10 Disember 2019 yang lalu, McDonald’s Malaysia telah mengukuhkan tanggungjawab sosial korporatnya dengan menganjurkan Program Komuniti McDonald’s Peringkat Negeri Sabah. Sebanyak RM622,800 sumbangan telah diumumkan bagi meringankan beban golongan yang kurang berkemampuan di Sabah melalui pelbagai inisiatif kemasyarakatan.

Antara inisiatif-inisiatif yang telah diumumkan termasuklah, pembayaran zakat perniagaan McDoland’s, pelantikan belia-belia dari keluarga yang kurang berkemampuan untuk menyertai SLDN McDonald’s dan penyerahan pek “Kembali ke Sekolah” kepada kanak-kanak sekolah rendah dari keluarga yang berpendapatan rendah.

Mewujudkan impak positif kepada masyarakat merupakan nilai teras McDonald’s Malaysia. Sebagai sebuah syarikat korporat yang mempunyai reputasi kukuh di negara ini, kami amat berharap dapat memainkan peranan kearah kesejahteraan masyarakat, lebih-lebih lagi melibatkan golongan masyarakat memerlukan di sekitar lokasi operasi kami.” kata Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia.

Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan, McDonald’s Malaysia menyatakan komitmen McDonald’s Malaysia kearah mewujudkan impak positif kepada masyarakat, lebih-lebih lagi di sekitar lokasi operasinya.  

Semoga pembukaan restoran terbaharu kami di Sabah ini membuka peluang pekerjaan dan ruang kearah pembangunan bakat, khususnya mereka yang tinggal di Semporna. Di samping merancakkan lagi ekonomi negeri, besar harapan kami agar pengembangan perniagaan kami di Sabah membolehkan kami meringankan beban lebih ramai golongan masyarakat kurang bernasib baik di negeri ini.” tambah Azmir lagi, yang juga merupakan Presiden Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC) Malaysia. RMHC Malaysia merupakan badan kebajikan pilihan McDonald’s Malaysia.

(tiga dari kiri) Yang Amat Berbahagia Datin Seri Panglima Datuk Hajah Shuryani binti Datuk Haji Shuaib, isteri Ketua Menteri Sabah; (tiga dari kanan) Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal, Ketua Menteri Sabah dan (dua dari kanan) Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan, McDonald’s Malaysia ketika upacara pembukaan rasmi McDonald’s Pandu-Lalu Semporna, yang merupakan restoran McDonald’s pertama di daerah itu.

Menurut YAB Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie, “Sumbangan McDonald’s Malaysia menerusi Program Komuniti mereka adalah sesuatu yang wajar dipuji. Kerajaan negeri amat mengalu-alukan pengembangan perniagaan McDonald’s di Sabah dan usaha mereka ke arah kesejahteraan rakyat merupakan nilai tambah yang cukup bertepatan dengan aspirasi kerajaan negeri. Semoga lebih banyak program-program untuk masyarakat melibatkan syarikat-syarikat korporat seperti McDonald’s dapat dilaksanakan pada masa hadapan.”

Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal, Ketua Menteri Sabah ketika menyampaikan ucapan beliau di Majlis Penyampaian Sumbangan Program Komuniti McDonald’s Peringkat Negeri Sabah.

Agihan zakat perniagaan McDonald’s Malaysia

McDonald’s Malaysia memenuhi kewajipan zakatnya kepada negeri Sabah untuk tahun 2019 dengan bayaran zakat berjumlah RM101,000. 

McDonald’s Malaysia baru-baru ini turut menerima Sijil Pembayar Zakat Korporat daripada Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP), dan merupakan entiti perniagaan pertama yang menerima sijil pengiktirafan tersebut di Malaysia.

(dua dari kanan) Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan, McDonald’s Malaysia ketika menyerahkan bayaran zakat perniagaan McDonald’s Malaysia bagi negeri Sabah untuk tahun 2019 kepada (dua dari kiri) Yang Berbahagia Datuk Seri Panglima Dr Haji Hasbullah bin Haji Mohd Taha, Yang Dipertua Majlis Ugama Islam Negeri Sabah (MUIS), sambil disaksikan oleh (tiga dari kiri) Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal, Ketua Menteri Sabah.

Sebagai sebuah entiti perniagaan 100 peratus milik umat Islam, ianya merupakan tuntutan agama untuk kami mengeluarkan zakat apabila cukup haul untuk diagihkan kepada golongan masyarakat yang memerlukan. Kami telah membayar zakat sejak tahun 2017 setelah diambil alih oleh Lionhorn Pte. Ltd. iaitu sebuah anak syarikat Reza Group dari Arab Saudi.” kata Azmir.

Inisiatif pekerjaan untuk belia melalui SLDN McDonald’s 

Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) McDonald’s merupakan program latihan berteraskan industri selama 18 bulan menggabungkan 70 peratus latihan praktikal di restoran McDonald’s dan 30 peratus kelas teori di bilik darjah. Program yang ditaja sepenuhnya ini diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia – salah satu usaha restoran khidmat segera itu untuk meningkatkan piawaian pembangunan modal insan syarikat dan memupuk bakat baharu, sejajar dengan agenda negara.

“Kami teruja untuk mengalu-alukan para belia dari negeri Sabah untuk menyertai program latihan kami ini. Diharap melalui program ini, belia yang terpilih akan mempelajari kemahiran yang diperlukan untuk memajukan diri dan memulakan karier yang menjamin masa depan seterusnya meningkatkan status ekonomi keluarga masing-masing.” kata Azmir.

Program ini adalah sebahagian daripada Program Komuniti McDonald’s yang dianjurkan untuk belia daripada golongan kurang berkemampuan. Sebaik sahaja para pelatih lulus penilaian dan ujian akhir program ini, mereka layak bekerja di restoran McDonald’s. Setakat ini, terdapat 650 pelatih sedang menjalani SLDN McDonald’s. 

Setiap pelatih menerima elaun sara hidup bulanan sebanyak RM1,200, faedah perubatan dan insurans, serta makanan percuma.

 

Program “Kembali ke Sekolah”

Lebih 1,900 kanak-kanak dari 63 sekolah di seluruh negeri Sabah menerima pek “Kembali ke Sekolah” tahun ini. Program “Kembali ke Sekolah” adalah inisiatif tahunan yang diterajui oleh McDonald’s Malaysia dan Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC) Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia.

(kiri ke kanan) Shamsidar Yahya, Pengarah Komunikasi Korporat, McDonald’s Malaysia; Yang Amat Berbahagia Datin Seri Panglima Datuk Hajah Shuryani binti Datuk Haji Shuaib, isteri Ketua Menteri Sabah; Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal, Ketua Menteri Sabah; Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan, McDonald’s Malaysia dan Yang Berusaha Tuan Benedict Asmat, Pegawai Daerah Semporna  menyerahkan pek ‘Kembali ke Sekolah’ kepada kanak-kanak dari keluarga berpendapatan rendah semasa Program Komuniti McDonald’s Peringkat Negeri Sabah. Lebih 1,900 kanak-kanak dari 63 sekolah rendah di Sabah menerima pek ‘Kembali ke Sekolah’ ini.  

Program “Kembali ke Sekolah” 2019 yang dilancarkan di Kuala Lumpur pada pertengahan Oktober lalu, merupakan yang terbesar setakat ini dengan jumlah sumbangan mencecah RM3 juta bagi membolehkan seramai 30,000 kanak-kanak sekolah rendah dari keluarga berpendapatan rendah dan miskin bandar di seluruh negara menerima pek “Kembali ke Sekolah” menjelang tahun persekolahan 2020. Ia bakal disampaikan secara berperingkat di negeri-negeri seluruh Malaysia sehingga penghujung tahun ini.

Pek “Kembali ke Sekolah” yang diagihkan mengandungi satu set pakaian seragam sekolah, sepasang kasut, sepasang stoking dan beg sekolah bernilai RM100.

Pada tahun 2018, McDonald’s Malaysia dan RMHC Malaysia telah menyampaikan pek “Kembali ke Sekolah” bernilai RM1.7 juta kepada 17,000 kanak-kanak sekolah rendah. Tahun sebelum itu pula menyaksikan McDonald’s dan RMHC membantu 6,000 pelajar menerusi jumlah sumbangan sebanyak RM1.2 juta.

RMHC Malaysia yang telah ditubuhkan pada Februari 1990 merupakan badan kebajikan pilihan McDonald’s Malaysia yang bermatlamat membantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik di Malaysia. Sejak 29 tahun lalu, RMHC telah memberi impak dalam kehidupan lebih 40,000 kanak-kanak melibatkan kesihatan, pendidikan dan kebajikan dengan pembiayaan lebih RM27 juta.

Dana untuk program-program yang dijalankan diperoleh daripada sumbangan ikhlas individu menerusi tabung yang terdapat di restoran-restoran McDonald’s dan juga tajaan serta sumbangan dari rakan korporat. Untuk maklumat lanjut mengenai RMHC, sila layari https://rmhc-malaysia.my/

Hubungi juga ibu pejabat RMHC Malaysia di talian 03-7843 3388 atau layari https://rmhc-malaysia.my/get-involved/make-a-donation/ jika anda berminat menyumbang wang tunai atau menjadi sukarelawan untuk RMHC Malaysia.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: