Penilaian Masalah Dalam Pembelajaran di Perkhidmatan Pemulihan Carakerja

Beberapa hari lepas saya ada berkongsi di Facebook mengenai pertemuan dengan Jurupulih Perubatan Carakerja atau Occupational Theraphy untuk membuat Penilaian Masalah Dalam Pembelajaran di Perkhidmatan Pemulihan Carakerja. Kalau hendak tahu, penilaian itu bertujuan untuk mengenal pasti tahap penguasaan kanak-kanak (selepas ini akan ditulis sebagai klien) untuk berkomunikasi secara lisan, pengurusan diri, persepsi visual dan koordinasi motor, cara anak-anak menggenggam pensel, penulisan, perkembangan motor kasar dan praxis serta kemahiran motor halus dan kognitif.

Masih tidak faham?

Okey, untuk Bahagian A: Komunikasi Lisan klien akan ditanya beberapa soalan asas seperti nama, umur, nama penjaganya serta kegunaan atau fungsi beberapa alat yang ditunjukkan. Kanak-kanak dianggap tidak bermasalah jika boleh menjawab dua atau kesemua soalan yang dikemukakan. Sebaliknya jika tidak boleh menjawab atau hanya boleh menjawab satu soalan sahaja, kanak-kanak tersebut dianggap bermasalah.

Untuk Bahagian B: Pengurusan Diri pula, klien akan ditanya mengenai cara makan minum, kebersihan diri, kebolehan memakai pakaian dan penggunaan tandas. Klien akan dianggap tidak boleh berdikari jika skornya menunjukkan perlu bantuan sepenuhnya untuk pengurusan diri, separa berdikari jika masih memerlukan bantuan separa untuk tugas pengurusan diri samada dengan bantuan peralatan atau bantuan orang lain dan sudah boleh berdikari jika boleh melakukan tugas pengurusan diri tanpa bantuan.

Bahagian C, iaitu Persepsi Visual dan Koordinasi Motor, klien akan diminta untuk menyalin bentuk yang dilihat di dalam petak yang disediakan. Klien akan dianggap lulus jika bentuk yang dilukis menyerupai atau hampir menyerupai bentuk asal manakala gagal jika tidak boleh melukis bentuk selepas tiga kali percubaan. Anggaran umur klien akan dinilai melalui hasil bentuk yang dilukis.

Bahagian D pula ialah Penilaian Genggaman Pensil. Tangan dominan klien samada kanan, kiri atau tidak dikenalpasti akan dinilai setelah melihat cara klien menulis. Seterusnya corak genggaman pensil klien ketika menulis menentukan samada corak genggamannya matang atau tidak matang.

Bahagian E: Draw A Man Test iaitu dimana klien akan diminta untuk melukis (lelaki atau perempuan) selengkapnya di ruang yang disediakan. Setiap ciri anggota badan seperti rambut, bulu mata dan lain-lain akan diberi 1 markah. Perkiraan pemarkahannya akan dapat menganggar umur mental klien.

Bahagian F: Penulisan iaitu klien diminta untuk menulis nama penuh sahaja dengan huruf besar dalam tempoh 60 saat. Jika klien dapat menulis nama penuh dengan betul klien akan dikira lulus manakala jika klien menulis nama dengan tidak lengkap, terdapat kesilapan ejaan atau memerlukan bantuan lisan dari pihak lain, klien akan dianggap gagal.

Komponen kedua dalam Bahagian F pula, dimana klien diminta untuk menulis nombor di dalam petak yang disediakan dalam tempoh 60 saat. Jika klien boleh menulis semua nombor dengan betul dan mengikut susunan, klien akan dikira lulus sebaliknya jika klien menulis nombor terbalik, tidak mengikut susunan, perlu bantuan lisan atau visual serta nombornya terkeluar daripada kotak, klien dikira gagal.

Bahagian G: Kemahiran Motor Halus dan Kognitif. Di dalam bahagian ini terdapat 5 komponen yang diuji iaitu Ujian Blok Kayu, Mengenal dan Menyebut Warna, “Threading Lace” atau aktiviti memasukkan tali dalan setiap lubang, komponen Mewarna dan akhir sekali Menggunting.

Bahagian terakhir iaitu Bahagian F: Kemahiran Motor Kasar dan Praxis iaitu klien diminta untuk membuat aktiviti pergerakan mengikut umur semasa klien contohnya melompat dua kali bagi setiap satu kaki jika umur klien 7 tahun atau berdiri (lutut separuh bengkok) dengan hujung kaki (tip-toe) dengan mata tertutup selama 10 saat sambil mendepakan tangan jika umur klien 8 tahun.

Tahap kerjasama dan daya tumpuan klien dengan Pegawai / Jurupulih Perubatan Carakerja yang menilai sepanjang sesi dijalankan juga turut dinilai samada baik atau kurang baik. Keputusan penilaian ini akan menentukan samada kanak-kanak tersebut perlu dirujuk kepada pegawai / Jurupulih Perubatan Carakerja atau tidak.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: