APA ITU PROGRAM PEMULIHAN KHAS?

Hari ini jom kita kenali Pemulihan Khas secara asas. Nanti bolehlah sembang di warung kopi dengan Tok Penghulu mengenai pemulihan khas ya. Hehe

Okey, Program Pemulihan Khas merupakan salah satu cabang di dalam sistem pendidikan negara hari ini. Ia diwujudkan bagi membantu murid yang menghadapi masalah dalam penguasaan kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M). Kesukaran menguasai asas 3M di kalangan murid merupakan satu halangan dalam proses pembelajaran. Pengalaman hidup dan sekeliling juga antara yang menjadi faktor berlakunya permasalahan ini.

Program Pemulihan Khas disusun untuk murid-murid sebegini bagi mengatasi dan membantu mereka menyelesaikan masalah pembelajaran seawal yang mungkin supaya tidak menjadi kronik dan berterusan hingga ke tahap dua persekolahan. Hmm.. cuba ibu bapa buka buku teks dan buku kerja anak-anak sebentar. Bayangkan jika anak-anak masih belum boleh membaca, bagaimana mereka hendak membaca, memahami dan menyelesaikan latihan di dalamnya?

Kepada ibu bapa yang mempunyai anak bermasalah pembelajaran, bantulah anak segera dan sentiasalah berhubung dengan pihak sekolah terutamanya guru pemulihan dan guru kelas bagi membincangkan dan menyelesaikan masalah anak. Kenalpasti juga punca dan sama-sama cuba menyelesaikan permasalahan tersebut sebelum anak mula melangkah ke tahap dua.

Murid buat, guru bimbing❤️

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: