Selamat Hari Malaysia Semua!

Ini bukan negaraku tetapi negara kita. Menang bukan bererti berjaya menduduki sebuah kerusi kekuasaan. Menang bukan bererti berjaya menumbangkan banyak lawan. Menang bermakna kita boleh bangkitkan kembali semangat juang dan melakukan perubahan.

Jom, kita susuri sejarah negara kita.

Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun sebagai tanda memperingati penyertaan bersama antara Tanah Melayu, Borneo Utara (kini Sabah), Sarawak dan Singapura bagi membentuk persekutuan baru iaitu Malaysia pada tahun 1963.

.

Pembentukan persekutuan baru ini pada awalnya dirancang pada 1 Jun 1963, tetapi ditangguhkan pada 31 Ogos 1963 bagi membolehkan ia disambut bersama dengan sambutan hari kemerdekaan ke-6. Walau bagaimanapun, beberapa isu berkaitan dengan bantahan dari Indonesia dan Filipina telah memperlambatkan lagi pengisytiharan dan pembentukan Malaysia.

.

Indonesia tidak senang dengan penubuhan Persekutuan Malaysia lantas, melancarkan konfrantasi ketenteraan di bawah slogan “Ganyang Malaysia” yang berlanjutan sehingga tahun 1966. Filipina pula menuntut haknya ke atas Sabah atas hujahan perjanjian yang dimeterai antara Kesultanan Sulu dengan pihak British.

.

Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memperuntukkan masa membuat pungutan suara di Borneo Utara (kini Sabah) dan Sarawak. Akhirnya pada 9 Julai 1963, Perjanjian penubuhan Persekutuan Malaysia dimeterai di London setelah Laporan Suruhanjaya Cobbold yang dikeluarkan menyatakan lebih 80 peratus rakyat Sarawak dan Sabah bersetuju dengan cadangan kemerdekaan melalui penggabungan bersama Persekutuan Tanah Melayu.

.

Persetujuan telah diperolehi untuk menubuhkan Malaysia pasa 31 Ogos 1963. Walau bagaimanapun, penubuhan Malaysia yang dirancang pada tarikh tersebut terpaksa ditanguhhkan kerana laporan Setiausaha Bangsa-Bangsa Bersatu hanya dapat disiapkan pada 14 September 1963. Malaysia akhirnya diisytiharkan pada 16 September 1963.

.

Pengisytiharan penubuhan Malaysia telah dibacakan oleh Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman dihadapan lebih kurang 30 000 rakyat Malaysia di Stadium Merdeka Kuala Lumpur.

Sumber:

Arkib Negara Malaysia

SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA!

2 thoughts on “Selamat Hari Malaysia Semua!

Add yours

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: