Nekbat

  • Ramadan tahun ini merupakan pertama kalinya Cgu As menyambut di negeri Pantai Timur. Keterujaan dan kemeriahan memang amat terasa memandangkan pada bulan Ramadan sahaja pelbagai menu dan kuih muih tradisi lebih mudah didapati.
  • Tapi untuk kali ni Cgu As nak kongsi mengenai “Kuih Nekbat”. Nekbat ini merupakan sejenis kuih tradisional yang dihidangkan sebagai pencuci mulut atau omputih kata dessert. Nekbat ni time bulan puasa je mudah dijumpa. Bulan lain agak susah nak jumpa. Haa.. semenjak berlalu Ramadan ni, Cgu As masih belum berjumpa lagi dengan nekbat ni. Hehe
  • Bentuknya seperti kuih bahulu tetapi rasanya agak tawar dan keras. Nekbat amat terkenal negeri Pantai Timur iaitu di Kelantan dan Terengganu. Ianya diperbuat daripada adunan tepung beras dan telur yang dibakar sehingga gebu seperti bahulu dan warnanya menjadi kekuningan. Nekbat yang kering ini tahan lebih lama dan boleh disimpan di dalam peti sejuk.

    Untuk menikmatinya, nekbat ini akan disira terlebih dahulu di dalam air gula yang dimasak dengan daun pandan dan cengkih bagi memberi bau wangi. Nekbat yang telah disira ni tidak boleh dibiarkan lama, kerana ia akan menjadi kembang dan hancur.

    Bagi yang hendak mencuba menyediakan nekbat sebagai juadah berbuka atau moreh, Cgu As ada sediakan resepi nekbat.

    RESEPI NEKBAT

    Bahan-bahan untuk buat nekbat:
    1/2kg tepung beras
    6 biji telur ayam
    250gm gula
    2 atau 3 helai daun pandan

    Cara menyediakannya:

    Tepung beras disangai terlebih dahulu dengan api yang sederhana sehingga menjadi kering. Kemudian biarkan tepung beras tersebut sejuk.
    Telur dipukul hingga kembang dan berbuih. Kemudian dimasukkan gula, tepung beras dan pukul sekali lagi sehingga menjadi sebati.
    Panaskan acuan dan sapu acuan tersebut dengan sedikit minyak menggunakan simpulan daun pandan.
    Taburkan tepung beras ke dalam adunan telur sedikit demi sedikit.
    Kemudian tuang adunan tadi ke dalam acuan dan bakar hingga menjadi kuning.
    Bahan-baban untuk membuat sira:
    2 gelas air
    10 sudu besar gula castor
    3 biji cengkih
    2 helai daun pandan
    Cara menyediakannya:
    Masukkan 2 gelas air, 3 biji cengkih, 2 helai daun pandan yang disimpulkan dan 10 sudu besar gula ke dalam periuk sehingga air gula mendidih.
    Sejukkan air gula kemudian bolehlah sirakan ke atas nekbat yang telah siap dibakar tadi.
    *10 sudu besar gula untuk 10 biji kuih nekbat.

    Taaaraa!! Selamat Mencuba! ❤️

    Leave a Reply

    Fill in your details below or click an icon to log in:

    WordPress.com Logo

    You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

    Google photo

    You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

    Twitter picture

    You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

    Facebook photo

    You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

    Connecting to %s

    Blog at WordPress.com.

    Up ↑

    %d bloggers like this: