Rindu Pada Si Dia Yang Bernama APC

Alhamdulillah dan tahniah kepada rakan-rakan yang menerima APC. Rezeki dariNya kepada insan yang terpilih.. Opss.. siapa APC tu? Jangan salah faham.. Meh saya explain.. APC atau Anugerah Perkhidmatan Cemerlang ni diberikan kepada penjawat awam yang menunjukkan prestasi kerja yang sangat cemerlang kepada sekolah, jabatan atau kementerian pada tahun semasa. Biasanya APC ni juga diambil kira berdasarkan Penilaian Prestasi Tahunan individu tersebut. Kecemerlangan seseorang bukanlah bergantung kepada pengalaman semata-mata tetapi kepada kehendak individu tersebut untuk cemerlang dan sentiasa menjadi yang terbaik.. terbaik tak semestinya kena duk kipas bos. Itu cara lama my dear kipas mengipas ni.. sekarang kan zaman dah berubah.. gunakanlah ekon.. (gurau jer.. jangan ambil serius ya.. kikiki)

APC ni sewajarnya tidak mengikut seniority.. tetapi perlu dilihat juga sumbangan dan perkhidmatan individu samada di dalam sekolah, luar sekolah atau komuniti. Namun tidak dinafikan masih ada penilaian yang diberikan masih mengikut seniority. Itu berdasarkan budi bicara pihak penilai terhadap kerja kita. Jika dapat Alhamdulillah.. Namun, jika tak dapat maksudnya prestasi kerja kita perlu ditingkatkan.

Sepanjang 14 tahun berkhidmat, sudah 2 kali saya terima APC. Kali pertama tahun 2007 iaitu tahun ketiga bekerja. Penolong Kanan Pentadbiran ketika itu (kini dah berpencen dengan jawatan terakhir sebagai Guru Besar) berjumpa saya jam 6 petang di kelas saya. Ketika itu saya sedang sibuk sediakan bahan bantu mengajar. Bila beliau maklumkan saya salah seorang penerima APC pada tahun tersebut, saya tolak dengan baik. “Saya masih baru Cikgu Saat. Ramai lagi orang lama yang belum dapat”. Tapi saya cair bila beliau katakan, “Kalau orang luar (jabatan) boleh bagi cikgu anugerah, takkanlah sekolah tak boleh hargai sumbangan cikgu.” Alhamdulillah.. Namun masih seperti bermimpi.. Hanya Allah yang mengetahuiNya. Pastinya rezeki untuk saya Allah berikan melalui APC.

Bagi yang belum pernah menerima sepanjang perkhidmatannya, berdoalah agar Allah merahmati dan memberkati segala usaha yang telah dilakukan dan digantikan dengan penghargaan yang lebih baik. Penghargaan dari Allah adalah sebaik-baiknya berbanding penghargaan manusia. Percayalah dengan rezeki Allah. Tidak bermakna kita tak dapat APC, kita tidak cemerlang. Kata kuncinya adalah ikhlas dan motivasi. Bekerjalah seperti biasa dengan ikhlas. Berlapanglah dada. Insha Allah akan ada balasan yg menanti di sana kelak. Tuhan lebih tahu yang terbaik untuk kita. Tetapi jika dilihat hierarki kehidupan, penghargaan dalam kerjaya sebenarnya adalah satu kepuasan dan motivasi dalam bekerja.

Hormati juga setiap keputusan yang telah dibuat oleh pihak penilai. Bukan mudah mereka menggalas tanggungjawab untuk menilai dan memberi markah. Mereka perlu teliti dan perhalusi dengan sebaiknya. Apabila kita berada di pihak pengurusan, kita akan rasai situasi tersebut. Bukan sahaja cemerlang dalam tugasan, namun hubungan baik sesama rakan sejawat serta hubungan baik dengan pentadbir juga perlu dijaga. Bukannya niat untuk membodek, tetapi niat untuk memudahkan urusan kedua-dua pihak.

Pinjam sikit kata my lovely TB, “Ok masih 90 ke atas” kannn.. janji kita enjoy dengan tugasan. Ini sahaja penulisan kali ni.. Terima kasih kerana sudi membaca. Anda memang suka membaca kan.. hehehe.. Penulisan saya ini juga adalah berdasarkan pengalaman saya, serta rakan sejawat sebagai seorang pendidik. Namun, konteksnya penceritaannya tidak jauh berbeza dengan jabatan lain❤️

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: