SK Malim: Contoh Bilik Guru Kondusif

Suasana dan persekitaran kerja yang selesa dan kondusif dapat memberi impak yang cukup besar dalam meningkatkan produktiviti kerja. Suasana bekerja yang tenang dan harmoni juga merupakan idaman setiap pekerja. Malahan ia juga menjadi personaliti bagi sesebuah organisasi.

Justeru, idea pihak pengurusan SK Malim, Melaka mengadakan Pertandingan Keceriaan Bilik Guru dalam merebut Piala Mr Kam adalah satu usaha yang harus dipuji dan perlu dicontohi oleh sekolah lain.

Cuti sekolah Disember yang lalu, Cgu As berkesempatan untuk melihat sendiri hasil usaha rakan-rakan Cgu As di sekolah tersebut. Walaupun masih terdapat beberapa sudut dalam proses keceriaan, namun perubahan dalam bilik guru tersebut jelas menunjukkan kesungguhan mereka dalam mewujudkan keselesaan dan suasana kerja yang menenangkan emosi.

Bayangkan seharian berada di bilik darjah bersama anak-anak murid, yang pelbagai ragam dan kerenahnya, bila kembali ke bilik guru yang selesa, segala penat terus hilang sekelip mata. Hmmm.. bestnya kan..

Jangan dipertikai berapa banyak wang yang mereka keluarkan, tetapi nilailah berapa banyak masa dan tenaga yang mereka korbankan dalam menceriakan serta menjadikan bilik guru sebagai tempat kerja yang kondusif dan selesa. Syabas Cgu As ucapkan kepada barisan pentadbir serta warga SK Malim!!!

Jom, kita cuci mata dengan suasana di Bilik Guru SK Malim, Melaka.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: