Sebenarnya tak pernah pun terfikir Cgu As akan jadi seorang pendidik. Time sekolah dulu, bila cikgu tanya cita-cita nak jadi apa? Macam-macam cita-cita Cgu As.. bertukar-tukar setiap kali ditanya.. Cita-cita nak jadi penyanyi pun pernah.. walaupun pitching hanyut jauh ke tengah laut.. kikiki..
Ada masanya cita-cita Cgu As nak jadi polis. Sebab asik duk main police sentry dan Cgu As confirm kena jadi polis.. penat tau kena kejar dorang.. sebabnya kawan-kawan Cgu As yang jadi pencuri selalunya akan lari terus balik umah dorang minum air.. kadang-kadang dorang langsung tak muncul.. boleh lak duk depan tv tengok kartun.. hampeh!!! hehehe
Itu hanya kenangan kerana sudah pastinya perancangan Allah itu adalah yang terbaik.. Harini genap 14 tahun Cgu As bergelar seorang “pendidik” atau “cikgu”.. Thanks my mum.. Kalau tak disebabkan mak Cgu As yang gigih duk isi borang & “paksa” jadi cikgu mungkin Cgu As tak jadi seperti harini..
Alhamdulillah❤️
Leave a Reply