Produk Himalaya Best Wehh!!

Hi u olls.. tengah buat apa tu? Nak tau tak baru-baru ni Cgu As dan rakan-rakan dari Kelab Blogger Ben Ashaari (KBBA9) telah menghadiri satu Sesi Beramah Mesra Bersama Wany Hasrita bertempat di Guardian, Mahkota Parade Melaka. Ermmm.. apa kaitan Wany Hasrita dengan Guardian ni? Ok kalau nak tau Wany Hasrita ni ialah Duta Produk Himalaya. Produk Himalaya ni terjual dia semua Guardian. Haa.. bolehlah cari kan.. hehe

Taaraaa.. ni laa dia Duta Produk Himalaya iaitu Wany Hasrita. Yang mana satu Wany ni? hehehe.. Cgu As rasa bertuah sebab jadi orang pertama tau dapat bergambar bersama Wany di event tu. Siyess Wany ni memang cantik dan peramah lak tu. Rasa cam dah kenal lama lak bila kami berbual. Kalau nak tahu juga, Wany Hasrita ni memang pengguna tegar produk yang dikeluarkan oleh Himalaya. Tak heranlah kalau kulit Wany flawless bak hang.. Jeles Cgu As tau.. kikiki

Time event tu Wany Hasrita telah menghiburkan peminat-peminatnya dengan sesi beramah mesra serta menyanyikan beberapa buah lagu. Merdu weh suara dia. Lemak-lemak mangga gitu.. (gurau je)hehehe..Selain itu diadakan juga slot kuiz dan sambung lagu bersama peminat. Peminat yang berjaya diberi cenderahati berupa produk Himalaya. Wahhh.. best kan!!! Jom kita tengok gambar sekitar event tersebut.

Selesai sesi Wany Hasrita bersama peminat di pentas, diadakan pula sesi bergambar bersmaa peminat di Guardian. Time tu memang nampak meriah dengan peminat-peminat Wany yang sanggup beratur panjang untuk bergambar dan dapatkan tandatangan Wany. Memang meriah!!

Ekhhh.. kebetulan dah ada ada kat Guardian, Cgu As pun ambil peluang untuk pusing-pusing cuci mata. Cgu As memang pelanggan setia Guardian tau!! Pantang nampak Guardian, mesti nak singgah. Tetiba jer rasa cam ada benda yang nak dibeli.

Barulah Cgu As tau yang Himalaya ni ada banyak produk rupanya. Selama ni Cgu As biasa beli shampoo je.. Ok, kalau nak tau produk Himalaya ni dah lama tau.. Sejak tahun 1930 lagi. Wahh lama tuu.. Produk Himalaya ni berasal dari negara India dan diasaskan dari bahan-bahan semulajadi serta bebas dari bahan kimia. Haaaaa!! itu yang buatkan Cgu As tetiba terjatuh cinta dengan produk Himalaya ni. Bila dah guna lagi lah berdouble-double jatuh cinta.. hehe..

Memandangkan kulit Cgu As sedikit kering, jadi Cgu As usha-usha lah produk yang boleh atasi atau kurangkan sedikit masalah tersebut. Belek duk belek akhirnya jumpa juga!!! Yesss!! Nak tau apa dia??

Tudia…

OLIVE EXTRA NOURISHING CREAM

Nape Cgu As pilih Olive Extra Nourishing Cream ni? Kerana krimnya ringan dan dapat menghidratkan kulit Cgu As yang kering ni. Selain tu, ia gabungan antara minyak zaitun, plant ceramides dan minyak almond dapat memberikan kelembapan yang lebih tahan lama dan berkekalan pada kulit.

Tau tak olive butter atau minyak zaitun ni merupakan agen utama dalam krim ni. Ianya boleh mengatasi kekeringan kulit dengan menembusi jauh di luar lapisan kulit dan bertindak sebagai pelindung kelembapan bagi jangka masa panjang. Jadi kulit kita perlahan-lahan akan jadi moist gitu.. best kan??

Plant Ceramides pula merupakan formula yang dirumus oleh Himalaya menggunakan rice bran atau dedak beras sebagai asas. Ianya juga dapat meningkatkan dan mengekalkan kelembapan kulit.

Manakala almond oil pula bertindak sebagai agen yang mempercepatkan penyerapan.

MACAM MANA NAK GUNAKANNYA?

Ok… bagi Cgu As yang kulit alami masalah kekeringan ni, Cgu As gunakannya 2 kali seminggu. Yang paling syoknya Himalaya Olive Extra Nourishing Cream ni akan meresap ke kulit kita dan memastikan kulit kita 2 kali lebih perlindungan kelembapan berbanding tanpa penggunaannya. Haaa.. terasa kulit semakin anjal dan secara tak langsung lindungi kulit dari penuaan. Jadi takdelah tua sebelum waktunya kannn? hehehe..

Kesimpulannya Cgu As memang suka sangat Olive Extra Nourishing Cream ni. Teksturnya ringan dan tak rasa berat di kulit. Rasa lebih segar dan tak kering lagi. Baunya juga wangi yang lembut dan sedap. Tak menyengat dan rasa selesa jer. Ermmm.. banyak bestnya.. Dah pasti Cgu As akan teruskan penggunaannya… Bagi yang alami masalah kulit kering ni jangan tunggu lama-lama tau. Mesti cuba krim ni. Jangan marah pula kalau kulit Cgu As makin anjal lepas ni.. kikiki

So, kalau nak tau lebih lanjut lagi mengenai produk Himalaya ni, bolehlah berkunjung ke Guardian atau outlet Himalaya di seluruh Malaysia atau layari:

Facebook: HimalayaHealthcareMalaysia

Instagram : himalayamalaysia

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: