Hilton Inn Garden South : Penginapan Selesa Di Kota Raya

Pernah tak korang impikan untuk tidur dikelilingi pemandangan indah bandaraya Kuala Lumpur? Bersantai-santai sambil merenung jauh mercu tanda Kuala Kumpur iaitu KLCC dan Menara Kuala Lumpur? Huhhh!!! Cgu As sudah!!! Anda bila lagi? Ermmm.. ye ke? Ye laaa awak!! Nak rasai juga tak? Kat mana tu? Hilton Inn Garden South lah jawapannya.

Baru-baru ni Cgu As ke Kuala Lumpur atas urusan kerja KBBA9. Memandangkan urusan kerja tersebut habis lewat petang, Cgu As memilih untuk berehat sahaja di Kuala Lumpur. Terus Hilton Inn Garden South bermain di fikiran. Kenapa Cgu As pilih untuk stay di Hilton Inn Garden South? Kenapa tak pilih hotel lain? Nak tau kenapa?

Ini jawapannya..

Reception

Sebaik sahaja sampai di lobby hotel Cgu As telah disambut mesra oleh receptionist yang kacak lagi bergaya sambil melemparkan senyuman yang manis sebalang gula. Macam kita datang rumah oranglah, kalau tuan rumah masam jer agak-agak kita rasa seronok tak? Mesti time tu gak rasa nak patah balik semula kan? Hehehe. Ok, selesai sahaja pendaftaran masuk selesai, Cgu As diberi sedikit info mengenai bilik sebelum diserahkan keycard.

Bilik

Melangkah masuk ke bilik.. Wahhhh!!! terujanya. Apa yang buatkan Cgu As teruja? Selain bilik yang selesa dan luas, tau tak bilik Cgu As disajikan pemandangan bandaraya Kuala Lumpur. Tudia KLCC, Menara Kuala Lumpur, bangunan pencakar langit. Dah rasa seperti berada di angkasa lak. hehehe

Tilamnya yang tebal dan bantal yang empuk, pastinya Cgu As akan lena dengan mudah. Lebih-lebih lagi bila tidur sambil buka langsir.. Tidur sambil menghadap KLCC ko!! Syok abis.

Masuk ke bilik air, haruman mandian ekslusif berjenama Crabtree & Everlyn, menghiasi sinki beserta dengan tuala muka dan tuala tangan yang memang gebu gebas. Lihat ke bawah sinki.. Ada beg hitam? Ermmm apa tu ya? wahhh!! hair dryer dimasukkan kemas di dalam beg. Nak pakai.. keluarkan sahaja dari beg. Jimat ruang kan?

Berehat sambil menonton rancangan kegemaran yang dapat dilihat dari televisyen bersaiz 40 inci, sambil membancuh air kopi atau teh di ruangan disediakan pastinya akan rasa nikmat sebenar istilah istirehat. Bagi yang gemar berpakaian kemas dan sentiasa nak tukar-tukar tudung cam Cgu As, jangan risau peralatan untuk seterika turut disediakan. Gosok jangan tak gosok!! hehehe

Peti Besi

Jarang-jarang hotel yang menyediakan peti besi di dalam bilik. Tetapi ianya telah tersedia di Hilton Inn Garden South. Jadi barangan berharga seperti passport, wang atau dokumen penting tidak perlulah dibawa ketika berjalan-jalan. Sebelum menyimpan barangan di dalam peti besi bilik, pastikan password masterkey adalah diuji dan ditukar terlebih dahulu. Gunakan password yang senang kita ingat tetapi sukar diketahui oleh orang lain. Haa.. dah bolehlah jenjalan sekitar Chow Kit tanpa rasa bimbang.

Apa lagi yang menarik lagi di Holten Garden Inn South ni ya?

Swimming Pool / Roof Top Terrace

Nak rasa berenang sambil menikmati pemandangan bandaraya Kuala Lumpur? Apa kata naik sahaja ke tingkat 25. Di situ ada kolam renang yang dibuka dari jam 10.00 pagi hingga 7.00 malam. Terdapat juga bar di atas bumbung ok. Jadi selepas penat bermandi manda bolehlah bersantai-santai di kerusi yang disediakan di sekitar bar. Bagi pengunjung non-muslim boleh berehat sambil nikmati pelbagai pilihan minuman beralkohol. Cgu As memilih untuk santai-santai sambil berselfie je di situ. Aktiviti yang Cgu As paling suka buat.. Selfie. Jangan risau kalau datang sensorang, set jelah timer kat kamera atau handphone tu. Pastu lari sepantas kilat dan duduk sambil senyum sesopan yang mungkin. Klikkkk!!!

Gym

Kaki gym jangan risau. Gym sentiasa dibuka 24 jam untuk anda melakukan senaman dan mengeluarkan peluh. Cukup selesa dan jangan bimbang mengenai keselamatan. Kerana gym hanya boleh diakses menggunakan tetamu yang mempunyai keycard atau oleh staf sahaja. Memandangkan seharian belum berehat, Cgu As tak berniat nak bersenam. Cuma duk usha-usha je di mana gym. Okey!! misi selesai. Mata pun dah mengantuk.. Jom, kita masuk bilik. Tido!! Gud nite Kuala Lumpur.

Breakfast

Wowww!! breakfast!! Pelbagai menu yang terhidang. Dari menu ringan hinggalah menu yang berat. Pilih saja nak makan apa tau. Ermmm.. tak nak banyak cerita. Jom Cgu As belanja gambar.

Guest Laundry

Ok.. Ada antara kita ni kalau berjalan memang tak bawa baju banyak-banyak kan. Jangan risau kalau kekurangan baju. Perkhidmatan dobi ada. Kalau nak cuci sendiri di laundry guest pun boleh. Boleh ke tingkat 6. Boleh diakses menggunakan keycard. Tempatnya selesa dan kemas. Sabun cuci baju juga ada disediakan. Ambil ikut keperluan sahaja tau.

Surau Lelaki / Wanita

Jika tak selesa untuk bersolat di bilik, bolehlah bersolat di surau di tingkat 10 untuk wanita manakala surau lelaki ditingkat 11. Pili untuk ambil wuduk, telekung serta sejadah turut disediakan.

Secara keseluruhannya Cgu As berikan rating 9.5/10 untuk penginapan selama 2 hari 1 malam di sini. Memang best dan cukup selesa. Stafnya juga peramah dan sedia membantu jika kita perlukan bantuan. Sangat-sangat friendly dan tak akan terasa asing walau pun sensorang je stay kat sini.

Jadi, sesiapa yang nak bershopping di Chow Kit atau di Kuala Lumpur ni bolehlah search di google map hotel ni ya..

Jommm!!!

Hilton Garden Inn South

452, Jalan Tuanku Abdul Rahman,

50100 Kuala Lumpur.

03-27716888.

hgi.com

newsroom.hilton.com/hgi

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: