Hmmm.. Nak Sewakan, Jual atau Refinance?

Memandangkan Cgu As dah tak tinggal lagi di Melaka, Cgu As sedang berkira-kira samada nk sewakan, jual atau refinance rumah Cgu As. Rumah ni Cgu As beli pada tahun 2008 dan mula tinggal pada tahun 2009 menggunakan pembiayaan perumahan kerajaan. Hmmm.. dah hampir 10 tahun rumah ni kann..

Awal-awal dibeli memang kena tahan juga telinga, mental dan emosi. Memandangkan lokasinya berhampiran dengan kawasan pelupusan sampah di Krubong. Tapi tak pernah lagi bau ‘haruman’ sampah tu sampai ke rumah.. hehe.. manakala kawan-kawan Cgu As time tu secara berjemaah duk membeli unit banglo di kawasan yang berhampiran. Kiranya Cgu As je yang pilih untuk membawa diri ke sini.. hahaha

Ternyata.. pilihan yang dibuat adalah pilihan yang tepat. Semakin hari semakin banyak kemudahan yang didirikan di kawasan berhampiran perumahan. Bagaikan cendawan yang tumbuh naik selepas hujan.

Rumah Cgu As terletak hampir dengan Stadium Hang Jebat, Masjid Cina Negeri Melaka, berhampiran juga dengan Tesco Cheng, bank-bank utama, kilang-kilang, nak ke MITC dan Plaza Tol Ayer Keroh pun tak jauh mana. 15 minit dah sampai tau.. Nak shopping ke Freeport A Famosa Resort atau Aeon Bandaraya Melaka pun dalam 20 minit je.. yang paling best kawasannya aman tenteram. Time cuti tu silap-silap tak perasan rupanya hari dah nak petang.. haha memang best

Opsss terover lak ceritanya.. ok untuk posting kali ni Cgu As nak tulis mengenai apa dulu ya?? hmmm.. sewa dan beli rumah tu mungkin dah biasa dengarkan? Ermmm.. Cgu As nak share pasal refinance je laa.. haaa ok tak? Perkongsian ni dari Cgu As yang masih belajar  lagi dan rujukan dari beberapa rakan yang arif mengenai refinance.  So, kalau ada yang perlu diperbaiki jangan malu-malu bagitahu ya.. Xmo cakap lagi. Ok, jom!!

Pernah dengar mengenai refinance rumah atau pembiayaan semula rumah? Rata-rata ramai yang pernah dengar dan tahu mengenai refinance rumah ini. Tapi mungkin ada segelintir antara kita yang baru pertama kali dengar mengenai refinance rumah ini. Cgu As yakin rasanya ramai tak tau kan?

Apa itu refinance rumah?

Kalau nak tahu, ianya adalah pembiayaan semula rumah sedia ada yang masih mempunyai baki hutang dengan pihak bank. Tapi refinance ni hanya boleh dibuat sekiranya nilai rumah semasa melebihi baki hutang yang tinggal. Jadi bila kita buat refinance rumah ni kita akan dapat lebihan tunai selepas ditolak baki hutang rumah yang sedia ada.

Contohnya:

Baki hutang : RM145,000

Nilai semasa rumah : RM350,000

Bila buat hutang baru:

RM350,000 x 90% = RM283,500 – RM145,000

Lebihan tunai yang akan dapat:

RM138,500

Tu contohlah. Tapi Cgu As dah pergi survey ke beberapa buah bank. Dan setiap bank mempunyai pro dan kontra masing-masing.

Interest setiap bank adalah berbeza. Kadar interest ini adalah ketika Cgu As survey pada awal Disember 2018.

BANK ISLAM (4.7%)

BANK RAKYAT (5.4%)

CIMB (5.2%)

Persamaannya adalah pinjaman semula boleh dibuat sehingga pemilik rumah berusia 70 tahun.. Haaa.. sampai bercucu weh!! kikiki

Pastikan sebelum membuat refinance ni, kita dah merancang apa yang kita nak buat dengan lebihan wang tunai yang diperolehi tu. Samada untuk

  1. Menambah aset seperti rumah, kedai atau pelaburan lain seperti pelaburan dalam Amanah Saham Berhad (ASB) yang menawarkan kadar dividen yang agak tinggi atau simpanan dalam Tabung Haji yang menawarkan faedah yang agak konsisten setiap tahun.
  2. Menggabungkan semua hutang menjadi satu hutang. Maksudnya kita membayar hutang-hutang yang sedia ada seperti hutang kad kredit, pinjaman peribadi atau pinjaman lain. So, setelah membayar hutang-hutang tersebut, kita just bayar refinance atau pembiayaan semula perumahan sahaja.

Tapi kalau setakat saje-saje untuk enjoy, Cgu As harap korang kena ubah segera fikiran tersebut.

Sebelum bercadang untuk membuat refinance pastikan juga

  1. CCRIS Report kita cantik & tiada tunggakan. Yang ni kita boleh dapatkan di AKPK secara percuma. Tak sampai 5 minit dah siap bercetak. Tau tak AKPK tu apa dia? Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit.. Haa.. nanti boleh google kat mana AKPK negeri korang.
  2. Telah semak harga semasa rumah kita. Semak di web Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA)
  3. Kira berapa kelayakan loan kita
  4. Submit borang untuk proses loan
  5. Pilih jenis loan yang sesuai samada flexi, semi-flexi atau basic term loan
  6. Alert dengan lock-in period. Biasanya 3 tahun je
  7. Tunggu kelulusan

Settle!! Mudahkan?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: