Gaji Lambat Lagi? Jangan Risau Eat & Repeat Kan Ada..

Biar betul? Erkkk. betul laa.. Ini bukan cobaan.. ini betul-betul.. Ya.. hanya dengan RM1.90 pelbagai menu yang boleh dipilih di Eat & Repeat Bandar Melaka. Nasi putih ayam cincang? Nasi putih rendang ayam? Erm.. terasa nak makan lontong? laksa utara? sagu gula Melaka? cendol? pulut mangga? semuanya ada di sini. Order sahaja dan tak sampai 10 minit dah sampai wehhh!!!

Sebelum ni sahabat Cgu As, Huda pernah menulis kisahnya pi makan di Eat & Repeat Kuala Terengganu. Nanti jangan lupa baca pengalaman pertama Huda makan di Eat & Repeat Kuala Terengganu.

https://www.ceritahuda.com/2018/09/murah-yer-makan-di-eat-and-repeat-rm190.html?m=1

Rupanya ada 7 cawangan dah Eat & Repeat ni selain di Kuala Terengganu iaitu di Bangi, Kuala Selangor, Johor Bahru, Melaka, Senawang dan Shah Alam. Peluang balik Melaka ni Cgu As pun duk cari Eat & Repeat Melaka.. Terletak betul-betul berhadapan dengan Aeon Bandaraya Melaka. Lebih-lebih lagi gaji kan lambat lagi.. leh laa save budget sket kan.. hahaha

Memandangkan sorang jer ni, Cgu As cuma order nasi himpit rendang ayam, soto ayam dan air soya homemade lagi ko!! Belanja sket gambar air soya dalam kole ni.

Soto ayam ni biasanya mak Cgu As yang rajin masak. Itu memang menu yang Cgu As akan order gan mak bila balik kampung di Johor.. Harini di Eat & Repeat Cgu As nak try order..

Wahhhhhh!!!! tak cukup semangkuk awakk!!! sebab apa?? Haaa.. tudiaaa.. sambal kicapnya.. sambal kicap Johor yang pekat, manis dan pedas..Memang sedap. Ternyata memenuhi selera Cgu As. 10/10.. Fullmark kita bagi.. hihihi

Nasi himpit dan rendang ayamnya pun sedap. Biasanya rendang ayam makan time hari raya.. Kat sini memang telah dimasukkkan dalam menu. Maksudnya hari-hari ada rendang ayam.. Hari-hari, hari raya. Hmm.. tetiba terasa cam nak raya lak… hehehe

Ok.. korang yang berada di Melaka ni bolehlah duk try makan di sini. Pasti tak nyesal punya. Dijamin 100%. Harganya murah, makanannya juga sedap serta secukup rasa.

Kalau nak try, meh ke sini:

Eat & Repeat Bandar Melaka

No 21, Jalan Lagenda 1,

Melaka.

Tel : 06-2888706

Ig : @eat.repeat.melaka

Fb : fb.com/eatrepeatmelaka

Email : eat.repeat.melaka@gmail.com

Waktu operasi :

Selasa-Ahad (11.00 pagi hingga 10.00 malam)

Isnin : Tutup

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: