Asam Pedas Matahari Corner: Merecik Hawauu!!!

Sesekali terasa nak cuti masak kan? Tapi nak makan apa ya malam ni? Ok kalau tak tau nak makan apa, apa kata kita ke Pasar Borong Batu Berendam. Ekhh.. nak buat apa lak malam-malam gi pasar borong ni? Haaa… tu dia kita pekena asam pedas ikan jenak ko!!! kalau duk Melaka tak suka asam pedas memang de something wrong somewhere laa ni.. camtu gak klau yang mana datang bercuti atau jenjalan kat Melaka tak pekena asam pedas memang cam de tak kena jer kann..

Memandangkan cik abang duk jauh di mata tapi dekat di hati, malam tadi Cgu As terpaksa duk layan sensorang makan asam pedas kat Matahari Corner ni. Nanti Cgu As akan makankan bahagian dia sekali. Kedai ni memang antara kedai favourite Cgu As untuk pekena asam pedas. First choice bak kata omputih.. hehehe

Nak cari Matahari Corner takde lah susah mana pun. Ianya terletak di Pasar Borong Batu Berendam. Nak masuk ke kawasan kedai-kedai ni bayar dulu parking RM1. Kemudian terus je dan akan jumpa deretan kedai. Cari kedai yang memula sekali. Masa Cgu As sampai baru 2 meja yang dipenuhi pelanggan. Kebetulan hujan renyai-renyai time tu. Tapi masuk je jam 8.00 malam, meja-meja dah mula dipenuhi dengan pelanggan.

Untuk info, jangan cari kedai ni waktu siang tau. Sebab masih ditutup lagi siang-siang ni. Tokey kedai baru nak pi tangkap ikan kat laut.. Ok tipu je tu.. hehe.. Kedai-kedai kat sini mula dibuka jam 6.00 petang hinggalah awal pagi. Jadi nak duk santai-santai makan cam Cgu As sambil layan drama TV3 tu bolehlah datang selepas maghrib ya. Tanpa disedari rupanya dah licin sepinggan nasi semangkuk asam.. Abislaa naik berat.. hihi

Mahal ke? Ekhh.. manade mahal pun.. Harganya untuk satu set pun murah dah berbaloi. Satu set dilengkapi dengan semangkuk nasi, sayur kobis goreng, sambal belacan dan setengah biji telur masin.

Harganya:

RM8.00

Ikan pari / kembong / parang / tenggiri

RM10.00

Telur ikan / tetel

RM10-RM15 (ikut saiz)

Ikan jenak

Ok.. jemput makan semua…

Sedap ke asam pedas kat sini? Taaraaaa!!! nampak tu dah licin. hahaha

Dah hilang semua ni..hehe

16 thoughts on “Asam Pedas Matahari Corner: Merecik Hawauu!!!

Add yours

  1. Sedap yer asam pedas. weekend ni nak balik kampung muar , nak makan asam pedas. Kat ganu tak de asam pedas power

    Like

Leave a Reply to Ai Cancel reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: