Sesekali terasa nak cuti masak kan? Tapi nak makan apa ya malam ni? Ok kalau tak tau nak makan apa, apa kata kita ke Pasar Borong Batu Berendam. Ekhh.. nak buat apa lak malam-malam gi pasar borong ni? Haaa… tu dia kita pekena asam pedas ikan jenak ko!!! kalau duk Melaka tak suka asam pedas memang de something wrong somewhere laa ni.. camtu gak klau yang mana datang bercuti atau jenjalan kat Melaka tak pekena asam pedas memang cam de tak kena jer kann..
Memandangkan keluarga semuanya duk jauh di mata tapi dekat di hati, malam tadi Cgu As terpaksa duk layan sensorang makan asam pedas kat Matahari Corner ni. Nanti Cgu As akan makankan bahagian keluarga Cgu As sekali. Kedai ni memang antara kedai favourite Cgu As untuk pekena asam pedas. First choice bak kata omputih.. hehehe
Nak cari Matahari Corner takde lah susah mana pun. Ianya terletak di Pasar Borong Batu Berendam. Nak masuk ke kawasan kedai-kedai ni bayar dulu parking RM1. Kemudian terus je dan akan jumpa deretan kedai. Cari kedai yang memula sekali. Masa Cgu As sampai baru 2 meja yang dipenuhi pelanggan. Kebetulan hujan renyai-renyai time tu. Tapi masuk je jam 8.00 malam, meja-meja dah mula dipenuhi dengan pelanggan.
Untuk info, jangan cari kedai ni waktu siang tau. Sebab masih ditutup lagi siang-siang ni. Tokey kedai baru nak pi tangkap ikan kat laut.. Ok tipu je tu.. hehe.. Kedai-kedai kat sini mula dibuka jam 6.00 petang hinggalah awal pagi. Jadi nak duk santai-santai makan cam Cgu As sambil layan drama TV3 tu bolehlah datang selepas maghrib ya. Tanpa disedari rupanya dah licin sepinggan nasi semangkuk asam.. Abislaa naik berat.. hihi
Mahal ke? Ekhh.. manade mahal pun.. Harganya untuk satu set pun murah dah berbaloi. Satu set dilengkapi dengan semangkuk nasi, sayur kobis goreng, sambal belacan dan setengah biji telur masin.
Harganya:
RM8.00
Ikan pari / kembong / parang / tenggiri
RM10.00
Telur ikan / tetel
RM10-RM15 (ikut saiz)
Ikan jenak
Ok.. jemput makan semua…
Sedap ke asam pedas kat sini? Taaraaaa!!! nampak tu dah licin. hahaha
Dah hilang semua ni..hehe
Sedapnya.. Dapat ikan siakap lagi best tu.
LikeLike
Kann.. tanya gak haritu, tp xde ikan siakap time tu
LikeLike
Sedap yer asam pedas. weekend ni nak balik kampung muar , nak makan asam pedas. Kat ganu tak de asam pedas power
LikeLike
Asam pedas Parit Jawa pun sedap gak.. kat jeti tu.. dah lama tak ke sana
LikeLike
Alaaaa… Baru balik Melaka last week . Kalau tau awal leh pi terjah sesama
LikeLike
Takpe nina.. balik lenkali boleh mkn kat sini. hehe
LikeLike
sedapnya asam pedas nt share asam pedas sedap dekat area bandaraya.senang sikit nk terjah hihi
LikeLike
Banyak Farah.. Kat Kota Laksamana pun ada juga.. area hotel Strait Meridian (Hotel Cowboy) pun ada juga..
LikeLike
Sedapnya asam pedas.
LikeLike
Kann.. tempat favourite sy kt Mlk ni.. hehe
LikeLike
Wow, sedapnya… Terliuq tengok 😋😋😋
LikeLike
Hahaha.. Baru tgk dh terliuq kan.. kena try nnti ni
LikeLike
Kalau nak makan asam pedas SA mmg akan turun Melaka la…nak masak sendiri x reti…asyik failed je..
LikeLike
tu blom cuba asam pedas johor.. mesti pasni asik nak ulang alik ke johor je.. hehehe
LikeLike
Sedapnya, lama dah tak makan asam pedas!
LikeLike
jomm, mai mlk 😅
LikeLike