Hilton Garden Inn South: Hotel Bertaraf Dunia Di Chow Kit

Wahhh!! Ada hotel bertaraf dunia di Chow Kit? Haa.. tak percaya ke? Ya!!! memang benar. Rangkaian hotel yang ketiga lagi. Teruja tak?

Ok. Kalau nak tahu hotel terbaharu tersebut iaitu Hotel Garden Inn South terletak betul-betul bersebelahan dengan rangkaian hotel yang pertama iaitu Hotel Hilton Garden Inn Jalan Tuanku Abdul Rahman North. Ekh.. mana lak hotel yang kedua? Hehehe.. jangan risau ada jer yang kedua. Terletak jauh sikit nun di Puchong iaitu Hilton Garden Inn Puchong.

Dengan pembukaan rangkaiannya yang ketiga, secara tidak langsung Hilton Garden Inn telah berjaya memperkembangkan serta memperkukuhkan kedudukannya sebagai hotel bertaraf dunia yang terbaharu bagi pelancong moden yang inginkan penginapan bertemakan ‘Brighthearted’. Haaa.. Best kan?

Bagi yang duk jenjalan kat Kuala Lumpur dan tercari-cari penginapan yang selesa serta senang diakses, Hilton Garden Inn lah tempat yang sesuai. Lokasinya yang berhampiran dengan pasar tempatan yang unik iaitu Pasar Chow Kit dan Bazaar Baru Chow Kit yang merupakan tempat yang selalu kita tuju bagi dapatkan pelbagai keperluan asas. Terletak lebih kurang 5 minit jer dari Stesen Monorail Chow Kit.

Hotel Garden Inn South menyediakan 267 bilik tetamu yang lengkap serta bertilamkan tilam Slumberland. Perghh!! memang pasti kita lena tidur lepas seharian duk berjalan sekitar bandaraya Kuala Lumpur. Murah lak tu. Harga pun bermula dari RM150 jer.

Terdapat pelbagai pilihan bilik ditawarkan seperti Single Guest Room, Queen Guest Room, Twin Guest Room, Queen Guest Room KL Tower View, Twin Deluxe Room, Twin Deluxe Room KL Tower View serta Twin Deluxe Room Twin Tower View. Dari bilik seluas 19 s.q meter hinggalah 37 s.q meter. Jadi kita boleh pilih mana bilik yang sesuai dengan bilangan tetamu. Tapi kalau kita sorang-sorang saje nak stay kat bilik besar pun apa salahnya kan? Boleh cuci mata tengok pemandangan sekitar bandaraya Kuala Lumpur dan paling best kebanyakan bilik kat Hilton Garden Inn ni menawarkan pemandangan Menara Berkembar Petronas atau Menara Kuala Lumpur. Syoknya..

img_7852

Setiap bilik dilengkapi dengan mandian ekslusif berjenama Crabtree & Everlyn, televisyen bersaiz 40 inci, peti sejuk mini, fasiliti saterika dan peralatan membuat kopi dan teh. Wahhh!! seperti berada di rumah sendiri lak kan.

img_7876

img_7872

Mana yang sibuk dengan urusan perniagaan yang penting, Pusat Perhubungan 24 jam menyediakan perkhidmatan penggunaan komputer dan cetakan. Wi-Fi juga disediakan secara percuma di seluruh hotel ni. Jadi boleh laa laju-laju kan kita nak updates gambar kat fb atau ig. hihi

Perut dah berkeroncong tetapi masih malas-malas lagi nak keluar cari kedai makan, jangan risau. Pihak hotel dah sediakan bufet sarapan pagi yang lazat serta sajian sepanjang hari di Garden Grille.

img_7903

Nak tau lagi tak apa yang menarik lagi di Holten Garden Inn South? Ada bar atas bumbung wehh!! Ianya dikenali sebagai ‘Rooftop 25’ dan membolehkan tetamu meluangkan masa sambil nikmati pelbagai pilihan minuman beralkohol.

Lepas makan bolehlah mandi manda kat kolam renang dan dapatkan snek dari Pavillion Pantry. Premis ni memang sentiasa dibuka 24 jam sehari.

Pernah dengar pasal Hilton_Honors? Mana yang tak pernah dengar tu kalau nak tahu ianya sebuah program kesetiaan tetamu dan dirumus khas untuk 15 jenama hotel berlainan yang dimiliki oleh Hilton. Bagi meraikan pembukaannya, ahli Honors yang membuat tempahan secara terus ke saluran Hilton dengan tempahan waktu maksimum selama lima malam, akan mendapat 1,000 mata bonus sebagai ganjaran. Tawaran ekslusif ni hanya sampai 31 Mac 2019. Pastu bolehlah pilih bila-bila masa sehingga tarikh tersebut untuk menginap. Hmmm.. kena tengok kalendar 2019 ni.

Jom, mana yang teringin nak menginap kat sini alamatnya 452, Jalan Tuanku Abdul Rahman, 50100 Kuala Lumpur. Kalau nak call pun boleh. Hubungi talian +03-27716888. Tapi kalau usha-usha dulu ke web hgi.com atau newsroom.hilton.com/hgi pun boleh. Atau boleh je terus ke Hilton Garden Inn Jalan Tuanku Abdul Rahman South.

14 thoughts on “Hilton Garden Inn South: Hotel Bertaraf Dunia Di Chow Kit

Add yours

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: