Perlu Ke Pakai Life Jacket?

Ya!! mmg perlu pakai.. Malahan setiap orang WAJIB memakainya ketika menaiki bot, kapal atau setiap kali melakukan aktiviti berperahu. Kemalangan di dalam air berlaku terlalu cepat dan ada kalanya tidak terjangka. Kalau nak tau, life jacket sekarang ni jauh lebih selesa, ringan dan lebih bergaya dengan rekaan yang terkini. Ianya juga lebih sejuk dan selesa serta boleh mengembung secara automatik apabila direndam di dalam air.

Err.. Cgu As dari tadi duk citer life jacket dari tadi ni.. hang tau ke apa tu life jacket? hehehe

Life jacket ialah jaket tanpa lengan yang terdiri daripada bahan pelampung yang digunakan untuk menjaga tubuh badan manusia agar dapat bertahan dan terapung ketika di dalam air.

 

Terdapat 2 jenis life jacket iaitu

Life jacket kembung

    Ia bertindak secara automatik iaitu melambung apabila direndam ke dalam air

  • Life jacket tidak kembung
    Ianya dilengkapi dengan bahan yang tidak perlu mengembung

Life jacket yang Cgu As pakai ni adalah peruntukan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia.. Nampak tu jelas kelihatan tulisan bertulis “KPM“.. hak milik kerajaan ni.. dah pakai mohon pulangkan dengan segera.. hehehe

Terdapat 4 saiz dewasa iaitu S, M, L dan XL. Cgu As pakai saiz yang bertanda tu.. nasib baik xde saiz XS.. hahaha ok.. gurau jer tu.. mohon jangan kecam..

INGAT!!!

  1. Pastikan life jacket yang dipakai adalah sesuai dan tidak terlalu besar atau terlalu kecil. Perlu ingat, life jacket untuk dewasa tidak sesuai dipakai oleh kanak-kanak. Maksudnya kena fit dengan badan kita
  2. Life jacket perlu diikat dengan betul. Jadi tak de lah longgar atau ternaik ke atas bila kita berada dalam air kannn..
  3. Life jacket direka bagi menjaga kepala kita semasa di dalam air. Ianya juga secara tidak langsung dapat membantu kita untuk bernafas dengan betul.
  4. Kanak-kanak tidak boleh memakai life jacket bersaiz dewasa. Kena cari life jacket yang direka khas untuk kanak-kanak tau..
  5. Life jacket juga perlu diuji daya tahan dan daya apungan sekurang-kurangnya sekali setahun. Jaket yang masih baik dapat membantu kita untuk bertahan dalam air sejuk lebih lama.
  6. Life jacket yang telah serap air, pudar atau bocor haruslah dibuang. Jadi xde laa kita akan terapung kejap, tapi tenggelamnya lama.. hehe
  7. Life jacket juga perlu disimpan di tempat yang selamat, mudah dicari dan sesuai.

 

Bila life jacket ni berfungsi?

  1. Ketika jatuh ke dalam laut yang bergelora.. termasuk yang tau berenang.. terutama cam sekarang ni kan dah mula monsun
  2. Terjatuh dari bot akibat berlaku kecemasan atau perlanggaran
  3. Jatuh ke dalam air ketika memancing
  4. Apabila jatuh ke dalam air dan tidak tahu berenang.. huhuhu contohnya Cgu As.. boleh menangis ni!

Terdapat 5 jenis life jacket.. yang ni Cgu As dapatkan dari laman web Boat U.S… ok.. nnti boleh baca kat link ni.. https://www.boatus.org/life-jackets/types/

Kalau nak bacaan tambahan boleh juga dapatkan di https://www.boatsmartexam.com/knowledge-base/article/usa-life-jacket-sizing-and-testing/ yang di ambil dari laman web https://www.boatsmartexam.com

 

Bagaimana nak pilih life jacket yang sesuai untuk kanak-kanak?

Boleh baca kat sini..

Info ni Cgu As dapatkan dari https://www.seatow.com.. Boleh gak usha-usha kat blog tu ya..

Hahaha.. kebanyakan maklumat Cgu As dapatkan dari entry luar.. tapi jangan risau ianya masih boleh disuai padankan dengan keadaan di negara kita juga..

Ok.. tu je kali ni.. jom naik bot.. kite tubik ke darak.. kikiki

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: