Wirakah kami?

Pagi semalam, seawal jam 7.30 pagi Cgu As dah memulakan perjalanan ke Jeti Merang yang terletak di daerah Setiu. Perjalanan yang memakan masa hampir 50 minit dari rumah sewa Cgu As di Kuala Ibai diiringi dengan hujan renyai dan kadang kala lebat. Beberapa tempat di jalan raya sudah dinaiki air yang menjadikan perjalanan semakin panjang dan perlu lebih berhati-hati. Bak kata orang, malang kan tidak berbau..hehe

Ada yang bertanya, duk kat pulau kenapa nak sewa rumah lagi di darat?

Ini jawapannya…

“Kakak, stok makanan dan barang keperluan kakak untuk minggu ni Mama tak sempat nak beli.. Tetiba tadi Ustaz Azhar whats app bagitau esok kita orang kena naik bot pagi ke Redang.. petang orang bot kata mungkin berombak sebab angin kuat. Jauh lak tu ke Jeti Merang. Esok Mama kena gerak awal pagi dari rumah. Hujan pun macam tak nak berhenti je ni. Kalau cuaca ok, khamis ni Mama kuar pulau ya.. kita beli apa yang patut. Kakak jangan lupa amek grab.. lewat-lewat pukul 5 petang dah kena ada kat asrama.”

Cukup penerangan lengkap hanya dalam satu perenggan tanpa Amalina perlu balas apa-apa. kikiki..

Ok sambung semula, sebaik sahaja sampai di Jeti Merang, tempat pertama dituju mestilah tempat menurunkan penumpang.. hahaha.. cam ramai jer bunyi penumpang tu.. Bila buka pintu kereta, rupanya yang turun cuma sorang jer penumpang.. Kecil je tersengih-sengih sambil bawa beg galas berwarna kuning.. Arissa!! hehehe.. co-pilot yang sentiasa teman Cgu As ke mana sahaja.. Memandangkan hujan masih belum berhenti, Cgu As turunkan juga beg pakaian kami.

Hujan lagi.. Gambar senget? Tu namanya skill.. hehe
Ni gambar beberapa minggu lepas. Cuaca comey lagi..

Seterusnya cari tempat untuk letak kereta lak.. Maklumlah Cgu As akan berada di Redang beberapa hari. Ni kali pertama Cgu As tinggalkan kereta di Jeti Merang memandangkan hari ni juga buat kali pertama Cgu As akan menaiki bot ke Pulau Redang melalui Jeti Merang. Biasanya Cgu As menaiki feri di Jeti Syahbandar. Di Jeti Merang, terdapat beberapa rumah penduduk kampung yang menyediakan perkhidmatan sewaan garaj kereta. Oleh kerana cuaca masih lagi hujan, Cgu As hanya dapat ambil gambar dua tempat aje.. tu pun tak berapa clear gambarnya. Next time, Cgu As share semula gambar ya..

Parking Haji Su..

Tempat letak kereta yang berbumbung dan berpagar. Kawasannya juga agak luas dan bersih. Hanya RM10 sehari. Terletak di sebelah kiri menghala ke jeti.

Parking Pelangi

Terletak bertentangan dengan Parking Haji Su. Juga berbumbung dan berpagar. Cuma tempatnya agak terhad. Bayaran sewa letak kereta sama seperti Parking Haji Su iaitu RM10 sehari. Tapi bila tau Cgu As mengajar di Pulau Redang, owner terus beri diskaun. Alhamdulillah… mekasih bebanyak pakcik. Hasil perbualan singkat, barulah Cgu As tau, rupanya owner parking ni berasal dari Pulau Redang. Owh ok… lenkali kita borak panjang ya pakcik. hehe..

Selesai urusan letak kereta, Cgu As kembali semula ke Jeti Merang. Orang sudah mulai agak ramai. Kebanyakannya rakan sekerja Cgu As dan juga warga Nepal yang bekerja di sebuah resort di Pulau Redang. Maklumlah resort tutup time monsun ni, mereka keluar ke darat untuk cari barangan keperluan harian.

Cikgu dan bahan mengajar tak dapat dipisahkan

Jam 9.30 pagi, bot mula bergerak menuju ke Pulau Redang. Dikala hamba Allah yang lain sedang lena diulit mimpi indah dikelilingi pelita sambil makan maruku di atas katil maklumlah harini kan cuti perayaan sempena Deepavali, kami pula sudah berada ditengah lautan mengharungi badai ombak laut china selatan. Sepanjang perjalanan hujan masih tidak berhenti. Tapi menurut boatman, time cuaca gini elok ada hujan. Sebab hujan boleh “potong angin”. Jadi tak de gelombang sangat.. Wahhhh… tudia satu ilmu alam yang baru Cgu As timba..

Nak duduk dengan Ticer Zati katanya

Namun, ada ketikanya angin dari pelbagai penjuru mengubah wajah ombak menjadi gulungan ganas menghempas bot. Terjerit kecil kami akibat terkejut. Rasa nak muntah akibat mabuk laut bercampur baur. Kuyup kami kebasahan akibat percikan hujan dan air laut. Jika diikutkan rasa hati, mahu saja minta boatman patah semula ke jeti, sambil melupakan khidmat bakti yang harus dicurahkan kepada anak pulau. Namun, tautan tugas sebagai pendidik menuntut Cgu As dan rakan guru yang lain mengetepikan desakan nurani untuk berbuat perkara sedemikian. Penyu menangis siapa yang tahu.. Huhuhu.. Kemurnian tugas mendidik anak bangsa membuatkan kami harus kuat dan tabah menghambakan diri kepada tugas meskipun ada kalanya hati terasa berat untuk meneruskan perjuangan membela nasib anak bangsa. Wirakah kami? Ya Allah, kuatkan hati dan semangat kami. Kuatkan juga semangat Arissa!!

img_5822
Naik bot xyah pakai mekap tebal-tebal..hehe
Berkorban demi anak bangsa..

Menabur bakti dan menyemai budi mengajar di tengah lautan, kadang kala membuatkan Cgu As seolah-olah tercabar dengan keadaan persekitaran. Adakalanya hati kecil ni mudah berasa rapuh. Meninggalkan anak-anak dan orang tersayang adalah satu perasaan yang amat berat.. Hanya Allah yang tahu saat kami terpaksa berpisah antara lautan dan daratan. Satu perasaan yang menyentuh jiwa. Semoga kami kekal bahagia.. huhuhu tetiba menaip sambil nyanyi lagu Ippo Hafiz. Rindu wehhh!!!

img_5770
Jeti Nelayan Pulau Redang
img_5771
Sebahagian warga pendidik

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: