REVIEW : SILKYGIRL Hydra Clean (Makeup Remover for face, eyes, lips)

Haiii.. haii.. haii.. harini Cgu As nak buat sket review mengenai produk yang Cgu As duk pakai selama ni.. Kalau nak tau Cgu As adalah pencinta produk SILKYGIRL.. Review mengenai produk ni sebenarnya Cgu As pernah paparkan di blog Cgu As sebelum ni pada 30 Mei 2018.. Takde lah lama sangat kan.. Cgu As just copy jer.. Rasa sayang lak kalau tak dimanfaatkan dan dikongsi bersama.. kannnn

Ok.. kalau nak tau SILKYGIRL ada keluarkan tiga jenis makeup romover iaitu Pure Fresh All-In-One Gel Makeup Remover for face, eyes, lips; Gently Eye & Lip Makeup Remover dan Hydra Clean Makeup Remover for face, eyes, lips.

Tapi produk SILKYGIRL yang akan direview ialah SILKYGIRL Hydra Clean Makeup Remover for Face, Eyes, Lips yang mengandungi vitamin E, ekstrak aloe vera dan ekstrak chamomile yang boleh digunakan oleh semua jenis kulit. Jadi jangan risau kalau kulit muka anda jenis kering, berminyak atau apa pun.. still boleh gunakannya. Next time Cgu As akan review yang lain ya.. hihi

 

Biasanya Cgu As beli kat Guardian di Giant Cheng atau Watson di Tesco Cheng. Ada dua jenis saiz. Harganya untuk saiz 100ml ialah RM10.35 manakala untuk 165ml lebih kurang RM13 sahaja. Tak mahal kan. Harga mampu milik jer.

Botolnya berwarna putih dan penutupnya berwarna hijau muda gitu. Dibelakang botol ditulis juga cara penggunaannya dan bahan-bahan yang terkandung dalam Hydra Clean ni.

Cara pemakaian 
:
Sapukan losyen ke seluruh wajah, bibir dan mata dengan lembut. Abaikan yang comot-comot tu ya. kikiki

Sapukan losyen yang comot tu rata ke muka

 

Lapkan losyen dimuka menggunakan kapas muka
Nampak tu kesan kotoran di muka? hehehe
Tudiaa.. dah bersihkan?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: