Woooowww! Bestnya!!!!! Tu ayat pertama yang Cgu As ungkapkan ketika kali pertama mendengar lagu Anta Permana iaitu lagu terbaharu Datuk Seri Siti Nurhaliza. Muziknya agak catchy serta sedap didengar. Namun ianya lebih unik kerana menggabungkan elemen muzik yang moden dan klasik termasuk penggunaan qasidah. Walaupun berulang kali didengar masih tak bosan.
.
Anta Permana diambil daripada perkataan Melayu klasik yang jarang digunakan dalam kalangan generasi muda. Ianya membawa maksud ‘tidak terkira’ atau infiniti. Judulnya juga bersesuaian dengan liriknya yang mengisahkan cinta sejati serta kerinduan dalam sebuah perhubungan berjarak jauh antara suami, isteri, teman lelaki, teman wanita, orang-orang tersayang serta keluarga yang tiada bandingannya. Merindui seseorang yang turut sama rindukan kita.. Suatu perasaan yang sangat indah.. hmmmm
.
Lagu ciptaan Hael Husaini dan Ezra Kong itu juga terus mendapat sambutan baik apabila ia masih mengekalkan kedudukan teratas pada carta iTunes negara ini, sejak dilancarkan pada 21 September lalu.
Lirik Anta Permana
Bicara minda dendangan hati
Jiwa dan raga yang melengkapi
Bagaikan~bagaikan hangat mentari
Cinta yang sejati
Jauh di mata dekat di hati
Jika dirindu jangan curangi
Ke mana~ke mana kan terbawa pergi
Terduga diuji
Oh bila tersedar semuanya
Sempadan ilusi
Andai bintang kan tak lagi berseri
Janji kasih yang takkan terkhianati
Andai habis nafasku yang terakhir
Masih ku cinta
Kerna ku pasti
Kau tiada pengganti
Sedangkan lidah tergigit jua
Inikan pula cinta manusia
Melayang~melayang dibawa pawana Iringi cintamu
Biar dikenang budi kasih dan sayang
Biar~Biarkan cinta anta permana
Leave a Reply