Kami Budak Maktab

NAPE mesti budak? Budak laa.. kan comel-comel lagi time tu.. semuanya slim-slim.. itu dulu laa.. tahun 2002-2004.. Time tu baru masuk maktab.. hahaha.. kalau nak tau Cgu As dulu belajar di Maktab Perguruan Perempuan Melayu Melaka (MPPM) dan kelas Cgu As yg ohsem tu ialah Unit PMPR.. hmmm.. asik wat sesi luahan rasa jer tiap kali semester baru.. lagi-lagi time nak pilih ketua unit.. nak lantik ketua unit untuk kelas pun dah mcm nak lantik ketua kampung. Dah macam drama kul 7 adegannya.. kikiki

Haishhhh… rindunya kat geng PMPR ni.. ada grup whatsapp pun kekadang tak sempat nak mencelah. Sebab dorang ni terlalu laju.. Time memasing free, siap boleh berkarok bagai kat grup tu… tapi bila time senyap, terasa sunyi lak.. cam pekan dilanggar garuda jadinya.. haaa.. kiranya memasing ngah busy laa tu.. tengok handphone pun tak sempat. Banyak tul gambar kenangan dengan dorang ni. Tapi kebanyakannya tersimpan rapi dalam album gambar kat umah di Melaka nun.. dulu mana ada facebook dan instagram bagai. Enpon pun tak berapa nak canggih. Asal boleh buat panggilan dan hantar mesej je kira dah ok sangat. Sony Ericson atau Nokia yang paling hot waktu tu walaupun takde kamera. Gambar biasanya beli dengan Cikgu Yahya dan dia akan buat pra oder lepas tampal gambar-gambar kat papan kenyataan. Bila ada aktiviti atau program di maktab orang paling ditunggu-tunggu ialah Cikgu Yahya dan kameranya. Pantang dihala kamera trus memasing sengih.. tengah duk kawad pun boleh posing.. Selamba jer kena sound gan Ms Low.. hahaha.. comel sesangat perangai memasing.. πŸ˜‚

Tahun pertama masuk maktab kena buat ROS. Bukan bunga ros tu tau.. tapi singkatan untuk Rancangan Orientasi Sekolah. Kena kenal-kenal dulu dunia pendidikan. Orang kata tak kenal maka tak cinta kannn… hehehe. Sekolah yang Cgu As pilih untuk jalankan ROS ialah SK Bandar Endau.. kampung Cgu As laa tuu.. nama je bandar tp sebenarnya pekan je.. ada 3 org kawan yang join sekali blk Endau time tu.. Kak Ija, Kak Gee dan Mala. Mabuk memasing naik bas dari Melaka ke Mersing. Kemudian naik lagi bas yang lain untuk ke Endau pula. haaa.. nak ikut sangat kannn.. πŸ˜‚πŸ˜‚.. Ke hulu ke hilir kami p jalan kaki masa tu. Seronoknya. Balik lak ke umah arwah tok.. tok pun kemain seronok terima bakal-bakal cikgu maktab yang gojes-gojes datang umah. hehehe.. tapi sekarang tok dah takde.. Cgu As pun dah jarang balik sana.. hmmm rindu lak laksam Mak Yati… 😒

Oppsss.. stop kesedihan sebentar. Kita sambung lagi. hehehe.. Sekolah untuk praktikum pula di SK Datuk Haji Baginda, Umbai dan praktikum fasa 2 di SK Bukit Sedanan, Machap. Dua-dua sekolah ni terletak di dalam negeri Melaka. Member yang paling kamceng duk ke hulu ke hilir dengan Cgu As time tu ialah Kak Syu. Rinduuuunya kat akak.. hmmm.. kena p Sg Petani lagi laa jawabnya ni.. Kak Diah dan Kak Ina yang duk kat Kulim tu.. mai laa turun sekali jumpa cheq πŸ˜…. Kita lepak santai sambil makan kuey tiow goreng noh. Anak-anak biaq depa main kat loby hotel je. Receptionist leh tolong tengok-tengokkan πŸ˜‚

Hujung tahun 2004, usai je praktikal fasa 2 kami pun terlibat dgn kursus induksi selama beberapa minggu.. penghujung bulan 11 kami pun mula berkemas segala barang di bilik menandakan kami sudah tamat pengajian.. sedih yang teramat sedih sangat masa tu. Kami memang rapat antara satu sama lain.. rapat sesangat.. kawan gelak.. kawan nangis.. geng semangkuk maggi dikongsi bersama.. hahaha.. Waktu tu elaun blom masuk, maggi jadi makanan rasmi kami. Time elaun masuk je, penuh van Uncle Kumar gan bebudak maktab.. Kalau takde van, kami naik bas Thye Lye p cucuk duit kat BSN Jalan Mata Kuching. Kemudian p shopping kat Plaza Ocean atau The Store. Femes tul dua tempat ni dolu-dolu. Askar pun ramai gak lepak situ. hahaha.. cuci mata tengok bebudak maktab.. hmm… cikgu-cikgu maktab pun sama cuci mata gak.. kira sama-sama cuci matalah ni πŸ˜‚πŸ˜‚. Cgu As jer berkecuali. Fullstop 😎

Kami juga merupakan geng BISA.. erkk ye ke? tau tak BISA tu singkatan untuk apa? Balai Islam Saiditina Aisyah..(mohon betulkan jika tersilap).. haa.. nama surau di MPPM.. tiap kali waktu Zohor dan Maghrib kami WAJIB berada di surau.. haa.. jangan memain.. ketua unit siap amek kehadiran tau.. sebab tu keluaran MPPM kebanyakan ayu, comel dan mithali gitu..kami dah dilatih sejak dari maktab lagi.. opsss.. jangan kecam Cgu As.. Cgu As menulis dengan penuh kejujuran😜

Hehehe.. ok.. rasanya itu sahaja coretan buat kali ni.. Insha Allah de kelapangan nanti Cgu As akan sambung lagi berkongsi citer ya.. ❀️

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: