SEMALAM Cgu As ke sebuah kedai aksesori kereta untuk pasang skirting kereta Cgu As yang pecah kerana terlanggar tembok di hadapan sebuah bank di Kuala Terengganu.. Tiba-tiba tokey kedai tersebut menegur Cgu As.
“You kerja kat Pulau Redang ya? Kerja apa? Dah lama?”
“Ya uncle… saya kerja kat Redang. Baru je uncle. Lebih kurang 3 bulan. Saya ngajar kat sana”
“Owhh… cikgu… wahhhh… ni mesti cikgu yang nakal.. sebab tu kena hantar ke Redang” kata uncle tu sambil gelak besau.. hmmmmm.. ada lak nakal…. malas kawan uncle tu.. 😔😔
“Uncle gurau je.. tapi you tahu tak? You duduk sana umur you akan panjang.. tahu kenapa?”
“Betul ke uncle? kenapa?” terus pantas bertanya dengan wajah terujanya.. ok… kawan semula uncle tu... 😅
Sebab apa uncle cakap camtu.. sebab kat sana:
❤️Dapat makan ikan fresh… makanan laut fresh… orang sana masak sedap-sedap
👉🏽Ya uncle.. memang sedap.. Dulu time duk Melaka, seminggu sekali saya makan nasi.. tu pun kuantiti sikit jer.. tp duk Redang hari-hari saya makan nasi. Beras yang saya beli 1/2 kilo 3 bulan lepas pun tak abis-abis lagi. Asik menapau jer uncle.. kikiki.
❤️Badan sihat.. sebab banyak masa untuk exercise. Lagi pun pulau tu tak besar mana
👉🏽 Ya uncle.. Tapi saya exercise kat umah jer.. Umah saya tingkat 4. Turun naik tangga umah pun saya dah berpeluh-peluh. Masuk umah terus tidur.. hehe
.
❤️Kurang stress. Sebab you tak rushing nak gi kerja
👉🏽 Benar sekali.. jam 7.40 baru saya ke sekolah. Jam 7.43 dah siap punch card dan dah ada di kantin sekolah untuk sarapan.. Umah saya sebelah sekolah jer.. best tak? Mestilah best kann? hehe
❤️Boleh simpan duit
👉🏽 Betul tu.. Pulau Redang dikategorikan sekolah pedalaman 2 dan guru-guru layak terima elaun pedalaman sebanyak RM1000 sebulan. Elaun-elaun lain kami terima sama macam guru-guru lain cuma ditolak sewa kuarters jer sikit. Tambang feri kami cuma RM25 sehala berbanding pelancong RM55 sehala.. Untuk anak-anak, suami atau isteri guru ada harga istimewa lain. Kalau nak dapat harga tambang feri camtu kenalah kawin dengan cikgu-cikgu yang mengajar di Redang.. Ehemmm..
.
❤️Orang sana baik-baik
👉🏽Sangat-sangat betul tu uncle.. Orang Redang ni memang baik belake. Mereka memang hormat guru-guru dan sayang sangat-sangat kat cikgu-cikgu ni. Kalau buat aktiviti sekolah pun, kehadiran hampir mencecah 99%. Hebat tak?
.
Tapi kan uncle… ada tapinya.. hmmm.. nanti kita borak lagi.. Kejap lagi saya dah nak naik feri. Cuaca terik tapi musim ni dah ada gelombang sikit.. Saya nak gi berjihad kat tengah laut dulu.. Nanti kita sambung lagi apa yang TAPINYA.. ☺️😊❤️
boleh naik ke pulau bulan 11? Ke tak boleh yea? Menarik pulaunya.Nak ke Taras resort.Dekat ke tu?
LikeLike
Cuaca sini skrg ok lg.. sesekali ujan.. cuma laut je de gelombang sikit.. dah dekat taraas tu.. jom laa dtg… 😃
LikeLike
Ada kosong lagi dak kat sana?
LikeLike
Resort bnyk dh nk tutup.. dh nk start monsun.. thn dpn boleh isi borang. hehe
LikeLike
Wow… cantek la view SK Pulau Redang… nak jadi Cikgu je ghaser… ada kosong tak ?.. hehehe
LikeLike
hahaha.. Redang mmg cantik.. boleh klau nk jd cgu.. meh ganti sy ganti kt sini.. 😅
LikeLike